Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for researchers · Saturday, May 24, 2025 · 815,696,938 Articles · 3+ Million Readers

FCCI Insurance Group Diiktiraf Dalam Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan Duck Creek di Formation '25

FCCI menerima anugerah bagi penyampaian tawaran E&S ke pasaran dengan Policy, OnDemand dan Digital Engagement Producer daripada Duck Creek

/EIN News/ -- BOSTON, May 22, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan insurans harta dan kasualti (P&C) serta insurans am, telah menamakan FCCI Insurance Group (FCCI) sebagai penerima Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan 2025 di Formation ’25 dalam persidangan pelanggan utamanya yang diadakan minggu ini di Orlando, Florida.

Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan Duck Creek mengiktiraf pelanggan-pelanggan yang telah mencapai tahap kecemerlangan tertinggi melalui pelaksanaan penyelesaian Duck Creek untuk mengubah perniagaan dan membentuk masa depan industri insurans.

FCCI diiktiraf atas kejayaan pelancaran penawaran Lebihan & Surplus (E&S) menggunakan pakej penyelesaian Duck Creek, termasuk Policy, OnDemand, Data Insights/Clarity, Distribution Management dan Digital Engagement Producer.

FCCI merupakan syarikat insurans harta dan kasualti yang menyediakan perkhidmatan kepada perniagaan bersaiz sederhana merentas pelbagai industri, termasuk perniagaan tani, pembinaan, penjagaan kesihatan, hospitaliti, peruncitan dan pembuatan. Tawaran produk syarikat itu meliputi pampasan pekerja serta insurans harta dan liabiliti am.

FCCI pada mulanya telah diasaskan pada tahun 1959 di Sarasota, Florida dan telah berkembang menjadi penyedia gergasi serantau di Amerika Syarikat, yang menyediakan perkhidmatan insurans komersil standard di 19 negeri, manakala insurans Jaminan dan Kepakaran beroperasi di lebih banyak negeri. FCCI mengembangkan rangkaiannya yang terdiri daripada lebih 550 agensi berkontrak dan lebih 3,800 ejen bebas.

Pengembangan FCCI baru-baru ini ke bidang E&S ditumpukan pada usaha peningkatan keupayaan digital, perkemasan operasi dan kepantasan memasarkan tawaran baharu.

Dengan melaksanakan Policy Administration System dan model Active Delivery daripada Duck Creek, FCCI mencapai pemprosesan terus, pengambilan ejen berautomasi dan penyepaduan yang lancar. Pematuhan kawal selia diperkukuh manakala portal layan diri moden menyediakan keupayaan masa nyata kepada ejen.

“Matlamat kami ialah untuk menyemak semula cara kami memberikan perkhidmatan kepada pasaran insurans komersial, terutamanya dalam bidang E&S, dan Duck Creek membantu kami melaksanakannya,” kata Dave Patel, EVP & Ketua Pegawai Maklumat di FCCI Insurance Group. “Anugerah ini menjadi bukti inovasi, kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan visi ini.”

Meskipun pelaksanaan itu berdepan kerumitan pasaran E&S dan kesuntukan masa, FCCI bekerjasama rapat dengan Duck Creek, Cognizant, dan rakan kongsi lain untuk mereka bentuk, menguji dan melancarkan penyelesaian sedia yang mampu diadaptasi pada masa hadapan dan memastikan penyampaian persekitaran pengeluaran yang berkualiti.

Berikutan pelaksanaan yang berjaya, pelancaran FCCI Specialty melebihi unjuran awal kiraan bagi premium dan juga polisi, yang menghasilkan keterujaan dan maklum balas positif daripada rakan kongsi agensi FCCI yang dipercayai.

“Daripada pengalaman ejen yang dipertingkatkan hinggalah penyesuaian kawal selia yang tangkas, kisah FCCI ialah contoh yang berkesan tentang potensi yang boleh dicapai melalui teknologi, kerja berpasukan dan kepimpinan yang berfikiran ke hadapan,” ulas Chris McCloskey, Ketua Pegawai Operasi Duck Creek Technologies. “Kejayaan mereka bukan sahaja mencerminkan kuasa platform kami, tetapi turut menggambarkan dedikasi pasukan dan rakan kongsi mereka dalam mengubah keperluan perniagaan yang kompleks kepada hasil yang sebenar dan dapat diukur.”

Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan industri insurans harta dan kasualti (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Kejujuran, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran daripada kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Hubungan Media:
Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.com

Perihal FCCI Insurance Group – Ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarasota, Florida, FCCI Insurance Group menyediakan insurans harta komersil dan insurans kasualti, perkhidmatan kawalan risiko dan bon jaminan. FCCI menaja jamin perniagaan secara eksklusif melalui lebih 3,800 ejen bebas di 20 negeri, serta Washington, D.C. Perlindungan meliputi auto, jenayah, liabiliti siber, peralatan, lebihan & surplus, harta, liabiliti am, marin pedalaman, payung dan pampasan pekerja. Bon jaminan kontrak dan komersial ditaja jamin di 45 negeri.

FCCI menyediakan insurans kepada lebih 12,000 pemegang polisi merentasi pelbagai industri, termasuk perniagaan tani, pembinaan, pembuatan, perubatan dan profesional, restoran dan hospitaliti, peruncitan, perkhidmatan dan pembaikan, serta pemborongan dan pengedaran. FCCI mempunyai aset bernilai $3.3 bilion, premium langsung yang ditaja jamin bernilai $1.2 bilion, dan dinilai A (Cemerlang) oleh A.M. Best Company. FCCI mempunyai pejabat serantau dan cawangan di Florida, Georgia, Indiana, Mississippi, Texas dan Virginia.


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Insurance Industry ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release