
Usahawan dan Penyair Tersohor, Sekou Andrews akan menjadi Penceramah Utama di Duck Creek Formation ’25
Sekou, Pencipta “Poetic Voice” akan menyerlahkan kuasa inovasi, penyesuaian dan kepimpinan dalam menangani cabaran industri
/EIN News/ -- BOSTON, April 25, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am, mengalu-alukan Sekou Andrews sebagai penceramah utama Formation '25. Andrews merupakan seorang pemimpin pemikiran, usahawan yang memenangi anugerah serta Pengasas/CEO SekouWorld, Inc., inovator "Poetic Voice" dan salah seorang penyair lisan yang paling berjaya di dunia. Formation, iaitu persidangan pengguna tahunan Duck Creek yang menarik minda yang paling cemerlang dalam industri insurans dan teknologi akan berlangsung di Orlando, Florida pada 19-21 Mei 2025.
Formation ’25 akan memberikan komuniti insurans P&C dan am cerapan, teknologi serta alatan untuk membantu membentuk hala tuju industri dalam menyesuaikan diri dengan cabaran masa kini, termasuk perubahan iklim, risiko keselamatan siber dan teknologi serta aliran kawal selia yang sentiasa berubah. Pemimpin industri akan berkongsi cara mereka memacu industri ke hadapan dengan menyampaikan penyelesaian inovatif untuk meminimumkan risiko dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Agenda tersebut menawarkan sesi umum dan pecahan yang diketuai oleh pemimpin syarikat, pelanggan, rakan kongsi dan penganalisis industri. yang semuanya berkongsi semangat dan kepakaran untuk mempercepatkan evolusi industri insurans.
"Sekou Andrews merupakan seorang penceramah dan penyair berpengaruh yang telah memberi inspirasi kepada banyak organisasi serta individu dengan puisinya yang hebat untuk merangkul perubahan, mencetuskan inovasi dan berfikir dengan berani," kata Mike Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif Duck Creek Technologies. “Kami sangat berbesar hati untuk menyaksikan beliau berkongsi gaya dan kata-kata beliau yang penuh dengan inspirasi di Formation ’25, sambil kami terus berinovasi, menyesuaikan diri dan menerajui merentasi industri kami bagi mencipta keterlibatan serta pengalaman pelanggan yang bermakna.”
Ucap utama Sekou, “The Audacity of What If?” akan memberikan tumpuan kepada idea yang mengubah cara berfikir dan bertindak bermula dengan dua perkataan: “What if?” Dengan menerokai kelantangan sebagai cara untuk memacu inovasi, beliau akan membincangkan bagaimana pertanyaan berani dan pemikiran yang tidak konvensional membolehkan pemimpin mencabar norma, mencetuskan perubahan, sekaligus mendorong industri ke hadapan.
"Puisi adalah tentang mencipta suara yang menembusi kebisingan dan memimpin dengan kesederhanaan serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan cepat," kata Sekou Andrews. “Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada persidangan ini serta memberikan inspirasi kepada penontonnya untuk memimpin, menyesuaikan diri dan berinovasi menggunakan cara yang baharu dan mendalam.”
Formation '25 – Ketahui Lebih Lanjut dan Daftar Sekarang
Sekou Andrews merupakan Pengasas/CEO SekouWorld, Inc., inovator "Poetic Voice" dan salah seorang penyair lisan yang paling berjaya di dunia. Pada bila-bila masa, bekas guru yang kini bergelar usahawan ini, yang berjaya membangunkan syarikat bernilai jutaan dolar berasaskan puisi boleh ditemui menyampaikan ucap utama di syarikat Fortune 500, memberi inspirasi kepada ribuan orang di konsert atau membuat persembahan untuk Barack Obama di kediaman Oprah. Sekou merupakan pencipta “poetic voice” – kategori pertuturan canggih yang menggabungkan pengucapan inspirasi dengan puisi lisan secara harmoni, ibarat gabungan “Hamilton” dan “TED”. Gabungan inovatif penceritaan strategik, kepimpinan pemikiran, puisi lisan, teater dan komedi ini memberikan nyawa kepada kandungan, sekaligus menjadikannya menghiburkan, menyentuh perasaan dan sukar dilupakan. Pencapaian Sekou merangkumi anugerah “Entrepreneur of the Year” daripada ABA, dua Independent Music Awards, dua kejuaraan National Poetry Slam, tiga Helen Hayes Awards, enam CLIO Awards, jumlah JPF Music Awards terbanyak dalam sejarah serta pencalonan GRAMMY pertama untuk 'Best Spoken Word Album' yang diberikan kepada mana-mana penyair puisi lisan sejak 30 tahun yang lepas. Dengan segala inovasi dan inspirasi yang terkandung dalam poetic voice, Sekou Andrews sedang mencapai sesuatu yang kelihatan mustahil—membawa puisi lisan ke pentas terbesar dunia sambil mentakrifkan semula makna seorang penyampai dan potensi seorang penyair.
Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Ketulenan, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu serta perniagaan pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara kendiri atau sebagai suite penuh dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk maklumat terkini – LinkedIn dan X.
Hubungan Media:
Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.com


Distribution channels: Culture, Society & Lifestyle, Insurance Industry, Media, Advertising & PR ...
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
Submit your press release