Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for researchers · Friday, October 18, 2024 · 753,017,868 Articles · 3+ Million Readers

Duck Creek Technologies Diisytihar Sebagai Peneraju dalam Gartner® 2024 Magic Quadrant™ bagi Platform Teras Insurans SaaS P&C, Amerika Utara

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan

/EIN News/ -- BOSTON, Oct. 19, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah syarikat penyedia penyelesaian terkemuka dan inovatif dalam pasaran platform teras insurans SaaS P&C, hari ini mengumumkan bahawa Gartner telah menobatkan syarikat itu sebagai Peneraju dalam Gartner® 2024 “Magic Quadrant™ untuk Platform Teras SaaS P&C, Amerika Utara”. Penilaian itu dibuat berdasarkan kriteria khusus yang menganalisis syarikat itu bagi keseluruhan Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan.

Laporan Magic Quadrant merupakan kemuncak penyelidikan berasaskan fakta yang ketat dalam pasaran tertentu, yang memberikan pandangan komprehensif bagi kedudukan relatif penyedia dalam pasaran dengan pertumbuhan tinggi, serta perbezaan antara penyedia yang ketara. Penyedia ditempatkan dalam empat kuadran: Pemimpin, Pencabar, Berwawasan dan Pemain Nic. Penyelidikan ini membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya analisis pasaran selaras dengan keperluan perniagaan dan teknologi unik anda.

"Platform SaaS kami yang tidak memerlukan banyak pengekodan dan boleh dikonfigurasi dapat membantu penanggung insurans menyerlah dalam pasaran yang kompetitif hari ini. Kami terus meningkatkan platform kami melalui AI, pembelajaran mesin dan dengan membawa penyelesaian baharu kepada penanggung insurans, termasuk Fasilitator Pembayaran, untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan kepantasan, kecekapan serta pengalaman pelanggan yang terbaik,” kata Michael Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif Duck Creek Technologies. “Kami berbangga kerana diiktiraf sekali lagi tahun ini oleh Gartner sebagai Peneraju dalam medan teknologi insurans P&C. Melihat ke hadapan, kami akan terus memperkayakan platform kami dengan menyediakan lebih banyak manfaat untuk membolehkan penanggung insurans terus kekal di hadapan dalam persaingan mereka termasuk menghapuskan peningkatan melalui Penyampaian Aktif dan meningkatkan kecekapan dan kebolekskalaan dengan penyewaan berbilang.”

Lihat salinan percuma laporan Magic Quadrant untuk mengetahui lebih lanjut tentang kekuatan Duck Creek serta amaran, yang merupakan antara tawaran syarikat penyedia itu, di sini

Sumber: Gartner Reports: Gartner, Magic Quadrant for SaaS P&C Insurance Core Platforms, North America, Sham Gill, James Ingham October 2024

Penafian Gartner:
Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER ialah tanda dagangan berdaftar and tanda perkhidmatan Gartner, Inc. dan/atau anggota gabungannya di A.S. dan pada peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. 
Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. 

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies adalah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Ketulenan, tujuan dan ketelusan adalah teras Duck Creek dan kami percaya insurans harus ada untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan apa jua cara mereka memerlukannya. Penyelesaian peneraju syarikat kami tersedia secara kendiri atau secara suit lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk maklumat terkini – Linkedin dan X.

Hubungan Media:
Tara Stred/Marianne Dempsey
Duckcreek@threeringsinc.com


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Insurance Industry

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release